Mau cari apa??

Saturday, March 30, 2013

Yang pergi tidak akan kembali

Assalamualaikum semua,,
sekadar nak berkongsi cerita.. Pada 27/3/13 bersamaan dengan 15 
jamadil awal 1434, telah pulang saudaraku kepada yang MAHA ESA
abang saudaraku, haqam zainuddin telah kembali
meninggalkan kami semua selamanya..

Terkejut tatkala di dalam kelas kakakku menelefon
dan memberitahu khabar sedih atas pemergian arwah,,
lalu aku terdiam dan tersentak di dalam kelas..
seperti tidak percaya akan apa yang aku telah dengar..

Setelah kelas habis, aku terus menelefon mama untuk bertanya apa yang terjadi..
di saat itu air mataku tidak dapat dibendung mendengar cerita mama..
apa yang membuat aku semakin sedih kerana, di kala mama meraikan 
ulangtahunnya yang ke 56, dia mendapat berapa bahawa
anak buahnya telah pergi menemui Illahi..

Hari ini, ayahanda arwah merangkap pak cikku akan membuat
sedikit kenduri arwah, semua ahli keluargaku dalam perjalanan ke sana..
moga Allah merahmati perjalanan mereka juga arwah..
amin Ya Rabbal Alamin